Subscribe:

Tuesday, October 18, 2011

Kisah Kerbau Jantan Dengan Ayam Jantan




Pada suatu Subuh yang hening, ayam jantan sedang berkokok galak di atas pagar di halaman rumah tuannya. Sedang ia asyik berkokok itu, tiba-tiba muncul si kerbau jantan dalam samar-samar gelap suasana pagi. Lalu ia menghampiri si ayam jantan.
“Hei, ayam! Boleh tak tolong diam sikit.Awal-awal pagi begini, orang nak tidur ke, apa ke. Yang kau asyik terpekik terlalak tu apa hal,” kata si kerbau jantan.
Kerana terperanjat, si ayam jantan berhenti berkokok. Tapi, tiada sebarang respons daripadanya.

“Cuba kau buat macam aku ni. Tengok kasut aku. Kasut but tu. Kemas dan smart gile,” sambung si kerbau jantan.
“Cuba kau tengok gaya aku berjalan. Hebat tak?”
Lalu kerbau jantan pun menapak bergaya di hadapan ayam jantan dengan langkahnya yang berderap-derap macam askar sedang berkawat lagaknya. Si ayam hanya memerhati saja gelagat kerbau jantan yang berlagak angkuh dan sombong.
“Ayam! Engkau tu sudahlah tak pakai kasut, berkaki ayam pula tu. Hodoh. Tak smart langsung. Tapi, berkokoknya sampai kedengaran ke hujung kampung. Kau tengok kaum kami jenis kerbau. Tak ada bising-bising macam kau orang. Tapi, kami smart dan bergaya,” kata si kerbau jantan, penuh riak.
Tak tertahan lagi dengan lagak kerbau yang asyik memerlinya, maka ayam jantan pun terpaksa menjawab juga.
“Hei, kerbau! Tak apalah kaum sejenis kami tak hensem, tak bergaya dan berkaki ayam. Tapi amanah kami berat. Kami disuruh bangunkan manusia menunaikan solat Subuh. Yang kau tu, apa tugas kamu selain mengata dan menghina orang saja pagi-pagi begini. Sudahlah telur kamu tu kamu pamerkan pada semua orang. Kau tak malu ke? Kami tak tunjuk telur kami pada sesiapa. Kami simpan telur kami di tempat yang tersembunyi sebab telur kami amat berharga. Teliur kamu, siapa yang hendak?”
Mendengar komen ayam jantan begitu, maka beredarlah kerbau jantan dengan wajah yanh mencuka kerana malu.

0 comments:

Post a Comment