Subscribe:

Saturday, January 30, 2010

Motivasi Kendiri: Prasyarat Menuju Kejayaan

Sejak dahulu sehingga kini dan selamanya, orang memperkatakan tentang kejayaan. Namun, kenapakah tidak banyak orang yang mencapai kejayaan seperti yang diidamkan? Seolah-olah, semakin kejayaan diburu, semakin jauh pula ia berlari. Justeru, buku ini cuba mengupas isu dan persoalan di atas. Penulis berpendapat bahawa selagi persoalan motivasi tidak diberi perhatian secara serius, selagi itulah tabir kejayaan tidak akan tersingkap. Sekali gus, buku kecil ini memaparkan tip-tip sebagai panduan bagaimana meningkatkan motivasi kendiri. Semoga segala panduan yang dititipkan melalui tinta penulis dalam buku ini dapat merintis jalan ke arah pencapaian kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup anda.

0 comments:

Post a Comment