Subscribe:

Saturday, January 30, 2010

Logamaya Kasih

Hidup berpoligami banyak mengajar Ikram bahawa untuk berlaku adil dan saksama bukanlah sesuatu yang mudah. Biarpun madu itu manis buat kaum sejenisnya tetapi hempedu buat wanita. Akhirnya seseorang terpaksa mengalah demi kebahagiaan tiga hati. Rafidah membawa hati setelah tidak tertanggung lagi dengan karenah madunya. Pertemuannya dengan Datuk Akbar juga membuatkan Rafidah nekad berundur diri.
Ikram begitu kecewa dengan sikap dan tindakan Rafidah yang mengambil jalan pintas ke puncak bahagia. Kehidupan Ikram bersama Suhaidah juga sentiasa dilambung ombak yang kadang-kadang mengganas. Takdir telah mempertemukan kembali dengan bekas isterinya yang masih dicintainya, sekali gus membangkitkan kembali nostalgia lama. Bagaimanakah hubungan Ikram dengan Rafidah seterusnya? Mampukah Suhaidah menerima kembali bekas madunya setelah dia sendiri kedapatan bermain kayu tiga dengan Datuk Akbar yang menyimpan dendam lama untuk memporak-perandakan hidup Ikram?

0 comments:

Post a Comment