Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts
Monday, September 10, 2012
Kisah Profesor Dengan Budak Sampan
Sedikit masa dahulu, saya pernah bercerita dalm blog saya ini perihal kisah seekor ayam jantan dan kerbau jantan. Pengajaran yang kita perolehi dari kisah tersebut ialah orang hebat tidak boleh melihat dirinya sempurna. Sebagai manusia biasa kita tidak pernah sunyi dari sifat-sifat kekurangan dan kelemahan. Kali ini saya ada satu lagi kisah tentang orang yang selalu merasakan dirinya hebat akhirnya terkorban di laut semata-mata kerana tiada kemahiran berenang.
Pada suatu hari, seorang profesor dari sebuah universiti ingin membuat kajian di sebuah pulau bernama Pulau Banggi dalam daerah Kudat. Oleh sebab masalah pengangkutan, beliau tiba di jeti agak terlewat. Waktu lepas Asar. Suasana di jeti agak lengang. Ya la! Mana ada orang hendak ke pulau terpencil itu lagi ketika hari sudah menghampiri malam.
Semasa dia sedang meninjau-ninjau di kawasan jeti itu, tiba-tiba ia ternampak seorang budak tanpa berbaju sedang mengurus sampannya.
“Hai, budak! Boleh bawa aku ke pulau tu tak?” jerit profesor, kuat.
“Boleh, tuan! Bawa sampan memang kerja saya, tuan!” balas budak sampan.
Tanpa berfikir panjang, profesor pun menapak masuk ke dalam sampan. Setelah profesor mendapatkan kedudukannya yang stabil, budak sampan pun mula mendayung sampannya menghala ke pulau.
“Bolehkah aku sampai ke pulau dengan sampan kolek begini? Budak pula tu yang mendayungnya,” bisik hati kecil profesor, penuh ragu dan bimbang.
Itulah! Masa tadi tak nak fikir habis-habis. Kalau tidur dulu kat pekan Kudat tu kan bagus. Bukan tidak ada hotel di sana. Pagi-pagi esok barulah pergi ke pulau. Kenapa kalut sangat? Itulah! Profesor pun kadang-kadang pendek akal juga. Sekarang ni, profesor dah boleh buat apa-apa lagi. Sudah pun berada dalam sampan. Tak boleh nak berpatah balik lagi. Teruskan sajalah ke pulau tu bersama budak sampan yang sekian lama buat kerja mengangkut penumpang dengan sampannya.
“Tuan nak buat apa di pulau tempat jin bertendang sana tu?” tanya budak sampan, berani setelah melihat wajah profesor sedikit sugul.
“Hai, budak! Kau buat apa nak tahu kerja aku?” balas profesor, angkuh.
Budak sampan terkedu. Sombong sungguh orang ni, getus hati kecil budak sampan. Baru tanya sikit pun tak boleh ke?
“Hai, budak! Kamu tak sekolah ke?” tanya profesor.
“Dulu sekolah. Tak sempat habis Tahun Dua pun. Lepas tu, berhenti. Ayah tak mampu.”
“Jadi, kamu tak boleh membaca la?” sambar profesor.
“Tak! Cuma boleh sikit-sikit saja,” jawab budak sampan.
“Habis seperempat umur hidup kamu,” kata profesor.
Budak sampan berhenti seketika mendayaung sampannya sambil memikirkan apa maksud profesor yang kurang difahaminya.
“Menulis, macam mana?” soal profesor lagi.
“Boleh sikit-sikit juga.”
“Habis seperempat lagi umur hidup kamu,” beritahu profesor.
Budak sampan kelihatan mengira-ngira dengan jarinya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Mengira?” sambung profesor.
“Langsung tak tahu.”
“Habis seperempat lagi umur hidup kamu.”
Malas berfikir, budak sampan mendayaung sampannya laju. Dikumpul segenap kudratnya yang tidak seberapa itu untuk meredah laut yang kian beralun. Menurut pengalaman budak sampan, laut akan bergelora dalam masa terdekat kerana angin sudah mula bertiup. Wajah profesor nampak sedikit cemas.
Seketika, langit tiba-tiba mendung. Ombak laut semakin beralun. Hujan renyai-renyai mula turun. Wajah profesor nampak semakin cemas. Sampan mula dilambung ombak yang kian mengganas.
“Tuan boleh berenang tak?” tanya budak sampan, selamba.
“Manalah aku tahu berenang!” jawab profesor.
“Habis seluruh hidup profesor,” kata budak sampan sebelum dia terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan dirinya.
Kasihan profesor yang sudah tidak kelihatan lagi ketika sampan terbalik dengan perutnya ke atas.
Read more...
Wednesday, September 5, 2012
Litar Ketujuh: Agama
Hidup beragama menjamin keselamatan hidup di dunia dan dan juga di akhirat. Di tahap ini, saya teringat serangkap senikata dalam lagu berjudul ‘Jika Ingin Selamat’ dendangan kumpulan Orkes El-Surayya dari Medan, Sumatera yang berbunyi seperti berilkut:
Jika ingin selamat,
Berpeganglah pada agama;
Dari dunia sampai akhirat,
Kan selamat selama-lamanya.
Hidup beragama yang dimaksudkan di sini sudah tentulah hidup dengan ilmu serta
pengamalan nilai-nilai agama dari langit. Dalam konteks ini, agama dari langit merujuk kepada agama Islam kerana agama Nasrani dan Majusi sudah mengalami perubahan melalui banyak pindaan daripada cirri-ciri asal agama tersebut. Begitulah juga dengan agama serta kepercayaan yang lain.
Agama bukan suatu ideologi. Ia adalah kepercayaan yang diyakini sepenuhnya dalam hati sepertimana yang dikehendaki oleh pemilik agama itu sendiri yang diturunkan dari langit melalui perantaraan Malaikat yang kemudiannya disampaikan oleh para Rasul. Hanya agama Islam sahaja yang masih kekal sepertimana ianya mula-mula diturunkan sehingga ke akhir zaman.
Sebenarnya litar ketujuh dan terkahir dalam litar kehidupan berkait rapat dengan litar keenam tentang akhlak yang dibicarakan sebelum ini. Agama mencakupi keseluruhan hidup insan kerana paksi kehidupan yang bersifat sementara ini bertunjangkan konsep ketuhanan sebagai asas segala aktiviti kehidupan. Manusia tidak akan dapat mencari Tuhan dan ketuhanan melalui wadah-wadah yang lain kecuali agama. Manusia yang tidak beragama tidak akan ketemui Tuhannya dalam politik, sosial, pendidikan, ekonomi, sejarah dan sebagainya.
Justeru, hidup tanpa panduan agama akan terumbang-ambin sifatnya. Manusia akan kehilangan arah dan tujuan hidup jika tidak beragama. Agama bukan sekadar kepercayaan dalam hati. Malah, apa yang dipecayai dan diyakini itu haruslah diterjemahkan dalam segenap aktiviti kehidupannya setiap ketika. Jika manusia mampu berbuat begitu, barulah hidup dan kehidupannya bernilai; bernilai pada diri, orang lain dan juga alam sejagat. Persoalan nilai di sini merujuk kepada nilai yang ditetapkan oleh Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri, bukan nilai yang diletakkan oleh manusia yang tidak lari daripada sifat nafsu nafsi.
Wallahu’alam!
Read more...
Monday, September 3, 2012
Litar Keenam: Akhlak
Akhlak merupakan kemuncak perjuangan hidup manusia sejagat. Akhlak yang paling mulia dan tinggi ialah rasa takut pada Allah Yang Maha Agung. Tanpa perasaan tersebut, manusia masih dianggap tidak berkahlak. Sebenarnya, persoalan akhlak dan makhluk ada kaitannya dengan Khalik iaitu Tuhan yang menjadikan segala-galanya dalam alam cakerawala ini. Ketiga-tiga perkataan itu terbina atas huruf-huruf dasar yang sama iaitu ‘kha’, ‘lam’ dan ‘qauf’.
Tanpa akhlak, tamadun kemanusiaan akan runtuh. Sejarah telah membuktikan bagaimana tamadun-tamadun besar dan hebat sejak zaman dahulu kala lagi runtuh kerana tidak dibina atas dasar akhlak kemanusiaan. Tamadun Kaum Thamud yang boleh memahat bukit dan gunung untuk membina istana dan tempat kediaman serta tamadun Mesir di bawah pemerintahan Firaun dengan pembinaan pyramid yang begitu mengagumkan akhirnya hancur juga kerana raja dan rakyat kerajaan-kerajaan tersebut rendah akhlak.
Di sini kita dapat melihat betapa tingginya nilai akhlak bagi manusia yang dijadikan Tuhan untuk memimpin dunia ini. Sebagai khalifah, manusia haruslah mempunyai akhlak yang mulia lagi murni. Jika tidak demikian, banyak kerusakan akan terjadi di atas muka bumi ini yang akhirnya akan menjejaskan kehidupan manusia itu sendiri.
Sesungguhnya, segala kerusakan yang terjadi di atas dunia ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia sendiri. Jika kelompok manusia yang diberi kuasa, yang dikenal sebagai pemimpin, bankerap akhlak, maka tunggulah akan berlakunya kerusakan dan kemusnahan kepada kehidupan manusia itu sendiri.
Justeru, saya ingin mengajak diri saya sendiri serta diri pembaca sekalian, marilah bersama kita berusha membina akhlak kemanusian yang luhur lagi mulia agar hidup kita terhindar dari kemurkaan Tuhan. Sesungguhnya kemurkaan Tuhan boleh mengundang mala petakan dan mara bahaya yang tidak terduga oleh pemikiran manusia. Allah dengan sifat Maha Agung dan Maha Gagah boleh melakukan apa sahaja terhadap golongan manusia yang ingkar dan tidak takut pada-Nya. Nauzubillah!
Wallahu’alam!
Read more...
Friday, August 31, 2012
Litar Kelima: Kegemaran
Kegemaran atau hobi merupakan sesuatu yang kita suka buat dengan kerelaan hati sendiri tanpa dipaksa. Kata pendita motivasi, kebahagiaan hidup boleh dicapai jika anda mempunyai tiga perkara berikut iaitu seseorang atau sesuatu yang kita sayangi, sesuatu yang kita suka buat dan sesuatu yang kita harapkan. Di sini jelas menampakkan kepada kita bahawa salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup di dunia ini ialah melalui sesuatu kegemaran yang kita miliki.
Jika kita gemar melakukan sesuatu perkara, sudah tentu kita akan menggunakan setiap detik masa lapang kita untuk melakukan perkara tersebut. Meskipun kita sibuk dengan tugas-tugas harian yang perlu kita lakukan buat menyara hidup kita, kita akan cuba seberapa daya untuk mencari masa kerana ingin melaksanakan apa yang kita gemar melakukan.
Contohnya, jika anda gemar memancing, asalkan tiba hujung minggu saja pasti anda akan rasa gelisah kalau anda tidak keluar memancing. Jika anda seorang suami dan bapa kepada anak-anak anda, anda akan memberikan pelbagai alasan kepada isteri dan anak-anak anda untuk merasioanlkan kenapa anda perlu keluar memancing bersama kawan-kawan yang seminat dengan anda.
Orang-orang yang suka memikat burung juga akan melakukan perkara yang sama, bahkan lebih teruk lagi daripada orang yang suka memancing. Kadang-kadang alasan yang mereka berikan tidak masuk akal sama sekali. Sebenarnya, mereka tidak berapa ambil kisah sangat tenang hal itu. Apa yang penting bagi mereka ialah dapat keluar memenuhi tuntutan hobi mereka. Maka tinggallah isteri dan anak-anak tanpa suami dan bapa setiap hujung minggu sendirian di rumah semata-mata kerana bersimpati dengan suami dan bapa yang berminat memikat burung.
Perlu diingat bahawa, walaupun tuntutan melaksanakan sesuatu perkara yang kita gemar adalah salah satu cara yang boleh membawa kita mencapai kegembiraan dan kebahagiaan buat diri kita sendiri, namun kebahagiaan yang kita kecapi tidak bermakna apa-apa jika orang lain tidak bahagia. Apatah lagi jika orang-orang yang tidak bahagia itu ialah mereka yang signifikan dalam hidup kita seperti ahli keluarga kita dan sebagainya. Kita tidak sedar bahawa semasa kita begitu asyik melakukan perkara-perkara yang kita gemar, pada masa yang sama kita sedang berlaku zalim pada orang lain. Nauzubillah!
Wallahu’alam!
Read more...
Kemahiran Interpersonal
Jika anda taip ‘Kemahiran Interpersonal’ atau ‘Interpersonal Skills’ untuk membuat pencarian dalam internet, pasti anda akan berjumpa bermacam-macam artikel mengenainya. Justeru, anda akan perolehi pelbagai pengetahuan, dan maklumat tentang perkara tersebut. Hal ini akan memudahkan saya bercakap tentang tajuk di atas kerana saya tidak akan mengulang sebut apa-apa yang telah dipaparkan dalam artikel-artikel tersebut.
Maksud saya, apa yang bakal saya paparkan dalam tulisan ini ialah sesuatu yang mudah, tidak terlalu akademik dan boleh dipraktikkan. Bukankah itu yang anda mahu kan?
Sesungguhnya, kemahiran interpersonal ialah suatu aspek kemahiran yang penting dalam konteks hubungan sosial kita setiap masa. Pun begitu, banyak orang yang mengambil sikap tidak berapa ambil kisah tentang hal ini. Sikap begini adalah punca penyakit dalam diri yang boleh membawa kepada kegagalan mencapai sesuatu matlamat kejayaan kerana kejayaan kita bertitik tolak dari komunikasi yang berkesan.
Cuba bayangkan diri anda yang kurang mahir berkomunikasi dengan orang lain, tentunya anda akan mengalami situasi yang sukar untuk memahamkan orang lain tentang apa yang ingin anda katakan. Anda juga akan mengalami kesukaran memahami apa yang orang lain cuba sampaikan.
Bayangkan, semasa anda sedang berkomunikasi dengan orang lain, terdapat terlalu banyak halangan komunikasi. Faktur kesihatan, sikap prajudis, kewujudan keadaan blok mental, sikap negatif, mudah menghukum, memandang rendah serta hilang kepercayaan terhadap orang lain adalah antara penghalang paling kuat semasa berkomunikasi.
Faktur-faktur dalaman ini tidak seharusnya wujud semasa anda sedang berkomunikasi dengan individu lain. Pastikan diri anda dan juga diri orang yang anda lawan bercakap itu dalam keadaan sihat; sihat fizikal dan juga sihat mental serta emosi, semasa berkomunikasi. Faktur terlalu kenyang atau lapar serta keadaan mengantuk juga boleh mempengaruhi keberkesanan komunikasi anda.
Menambah terhalang lagi proses komunikasi interpersonal anda ialah faktur-faktur luaran yang lain seperti persekitaran komunikasi yang terlampau panas atau sejuk, terlalu bising atau terlalu sunyi sepi seperti di atas kubur. Sudah tentu suasana seperti itu begitu menyeramkan anda yang boleh menghilangkan tumpuan anda dalam komunikasi. Satu lagi, jika sesi komunikasi itu terjadi dalam satu persekitaran yang berbau busuk serta jijik mata memandang seperti di tepi longkang saluran najis, pastinya fokas terhadap buah bicara anda juga akan terganggu.
Dalam perjumpaan yang akan datang, saya akan cuba bicarakan keberkesanan komunikasi dari sudut yang lain pula seperti penggunaan bahasa dan gaya berkomunikasi yang mampu menarik perhatian orang lain di samping penggunaan pelbagai teknik penyampaian isi percakapan atau perbualan.
Mudah-mudahan anda sabar menunggu. Wallahu’alam!
Read more...
Labels:
kaunseling,
rencana
Thursday, August 30, 2012
Litar Keempat: Sosial
Litar kehidupan yang sempurna juga memerlukan komponen sosial. Ini bermakna bahawa aspek sosial tidak boleh ditinggalkan jika seseorang itu ingin menikmati sebuah kehidupan yang benar-benar bermakna. Kata pujangga, kambing yang terpisah dari kumpulannya akan dibaham serigala. Ini bermaksud, jika ingin selamat dalam kehidupan ini, saya dan anda haruslah kekal berada dalam kelompok sosial.
Demi mengekalkan diri kita dalam kelompok komuniti di persekitaran sosial dan kerja, saya dan juga anda haruslah sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran sosial. Di sini, kemahiran sosial yang saya maksudkan termasuklah kebolehan berkomunikasi antara individu, kemampuan bercakap di hadapan khalayak serta kemahiran menjalin hubungan interaktif dengan orang lain.
Mari kita lihat ketiga-tiga aspek kemahiran sosial ini secara lebih khusus. Pertamanya, aspek kebolehan berkomunikasi antara individu. Memperkatakan tentang aspek kemahiran interpersonal dalam ruangan yang terbatas ini sudah tentu tidak mencukupi. Ia mencakupi banyak pecahan juzuk kemahiran yang lain. Namun, biarlah saya katakan di sini bahawa prasyarat kepada kemahiran interpersonal ialah sikap positif atau baik sangka terhadap keadaan dan juga orang lain tanpa syarat, kestabilan emosi dan takat ego yang tidak melampau.
Apakah yang saya maksudkan? Bersikap positif bermaksud berlapang dada, menerima keadaan dan orang lain tanpa syarat, tidak prasangka, bersikap terbuka serta bersedia untuk menerima pandangan orang lain yang berbeza dan bersifat pelbagai. Di samping itu, orang yang bersikap positif sentiasa tidak mudah menghukum orang lain dengan nilai tara sendiri yang bersifat subjektif. Dia sering bermuhasabah diri berkenaan nilai-nilai yang dipegangnya serta berusaha memperkukuhkan nilai-nilai yang baik di samping mengubah suai mana-mana nilai yang tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.
Kestabilan emosi pula merujuk kepada keadaan emosi yang tidak begitu mudah diganggu-gugat oleh sebarang keadaan yang tidak terduga. Contohnya, semasa berkomunikasi, kemungkinan akan wujud situasi yang kurang menyenangkan apabila pendapat atau idea kita tidak dipersetujui. Orang yang mempunyai emosi yang stabil tidak akan mudah melenting dengan menunjukkan memek muka atau gelagat luar biasa.
Sementara takat ego yang tidak melampau pula merujuk kepada keadaan ego yang berada di tahap terendah. Maksudnya, semasa sedang berkomunikasi dengan orang lain, kita sedia mengenepikan rasa hebat atau kagum diri, bangga diri, sombong dan bongkak. Perasaan ‘saya tahu semua’ dan ‘kamu tidak tahu apa-apa’ haruslah dihindarkan jauh-jauh ketika kita sedang berinteraksi dengan orang lain. Di tahap ini, kemahiran mendengar dan kemahiran empati amat penting dipraktikkan.
Apakah yang saya maksudkan dengan kemahiran mendengar dan kemahiran empati itu? Tunggu hadirnya episod yang akan datang di mana saya akan cuba bicarakan kemahiran-kemahiran tersebut di bawah tajuk besar ‘Kemahiran Interpersonal’. Sementara itu, kita ada dua lagi aspek yang perlu disentuh dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran bercakap di khalayak dan kemahiran menjalin hubungan interaktif dengan orang lain. Kedua-duanya akan saya sentuh dalam entri yang akan datang, insyallah!
Sementara itu, diharap anda kekal bersama saya melalui medan interaksi kita dalam blog saya ini. Saya sedia menerima komen serta apa-apa pandangan yang membina daripada anda semua.
Sekian. Wallahu’alam!
Read more...
Labels:
motivasi kendiri,
rencana
Wednesday, December 28, 2011
Litar Ketiga: Kerjaya
Berkerjaya yang baik dan terjamin merupakan cita-cita dan impian semua orang dalam hidup. Tidak kiralah sama ada anda bekerja sendiri ataupun makan gaji. Yang pentingnya anda mempunyai sesuatu pekerjaan yang anda buat demi menyara hidup anda. Apabila anda sudah mempunyai sesuatu kerjaya, anda sudah terlepas daripada hidup dengan bergantung harap pada orang lain. Anda akan berhenti daripada meminta-minta daripada orang lain. Ketika itu anda sebenarnya sudah terlepas dari ikatan yang membelenggu hidup anda selama ini iaitu sentiasa mengharap belas ehsan orang lain untuk meneruskan kehidupan anda.

Individu yang berkerjaya adalah insan yang mempunyai imej diri yang hebat. Dengan sesuatu pekerjaan yang anda miliki, anda akan dapat menggunakan semua potensi diri yang ada pada anda. Potensi fizikal atau jasad usah diceritakan lagi, sudah terbukti jelas anda gunakan sepanjang masa.
Yang lebih penting ialah potensi akal yang anda miliki. Anda akan sentiasa menggunakan segala daya pemikiran semasa melaksanakan tugas-tugas dalam kerjaya anda. Apatah lagi ketika anda sedang menghadapi sesuatu masalah semasa mengendalikan kewajipan dalam kerjaya anda. Ketika itu anda amat memerlukan kekuatan serta ketajaman daya fikir anda untk mengatasi masalah tersebut.
Seseorang yang tidak mempunyai kerjaya tidak akan berpeluang menguji kekuatan mindanya untuk mengatasi sesuatu masalah. Sebagai contoh, seseorang yang asyik makan tidur sahaja sepanjang hari kerana makan minumnya ditanggung oleh orang lain, tidak perlu berfikir banyak untuk meneruskan kehidupannya. Itulah orang yang lemah daya fikir.
Jika anda sudah berkejaya, anda akan sentiasa berfikir bagaimana hendak meningkatkan kualiti kerja anda dari semasa ke semasa agar anda dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk syarikat atau agensi tempat anda bekerja. Jika anda bekerja sendiri, menjual berger umpamanya, anda akan sentiasa memikirkan bagaimana hendak menarik lebih ramai pelanggan ke gerai anda kerana berminat dengan berger yang anda sediakan. Itulah sifat seorang usahawan yang sejati.
Potensi rohani juga tidak kurang pentingnya bagi seseorang yang berkerjaya. Dalam melaksanakan sesuatu tugasaan, sudah tentulah anda terpaksa lebih banyak bersabar sebelum hasil,kerja anda dapat dilihat dan dinikmati. Seorang guru misalnya, sudah pasti perlu menunggu beberapa lama untuk melihat kesan pengajaran di bilik darjah kepada para pelajarnya. Jika pelajarnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, barulah guru itu dapat menikmati hasil jerih perihnya selama ini mengajar di bilik darjah.
Dengan emosi yang stabil pada setiap masa, seorang individu yang berkerjaya akan berjaya mengatasi semua masalah dalam pekerjaannya, baik masalah berkaitan dengan tugas-tugas hariannya mahupun masalah yang berhubung kait dengan majikan dan juga rakan-rakan sekerja.
Wallahua’lam.

Thursday, December 22, 2011
Litar Kedua: Nikmat Kesihatan
Bertemu kembali.
Komponen kedua yang penting dalam litar kehidupan kita ialah kesihatan. Kata pendita, akal yang sihat berasal dari badan yang sihat. Kata pakar kesihatan, cergas badan maka cerdaslah minda. Memang betul kata-kata pujangga itu. Maksudnya, apa guna harta yang melimpah ruah kalau tubuh badan sentiasa sakit-sakit. Ketika kita jatuh sakit, kesihatan tidak ternilai harganya. Ibarat kata kalau ditukar dengan segunung intan pun kita tidak sanggup. Begitulah mahalnya harga kesihatan.

Malangnya, tidak banyak orang yang menghargai anugerah tubuh badan yang sihat. Waktu sihat, kita makan macam-macam. Ini akibat kurangnya ilmu atau pendidikan tentang amalan pemakanan. Kalau boleh semua benda hendak disumbat ke dalam mulut. Asalkan lidah kata sedap, pasti akan disumbat ke mulut. Padahal, Nabi kita telah memberi panduan tentang adab makan iaitu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang di samping mengunyah makanan selumat-lumatnya sebelum menelan.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak saudara-saudara membayangkan betapa sia-sianya usaha kita bertungkus lumus, siang dan malam, mengumpul harta benda selama ini, ketika kita ditimpa sakit. Bayangkan, kita seorang hartawan, dalam masa yang sama kita terlantar sakit di hospital tanpa daya. Hendak mengangkat tangan pun tidak terdaya lagi. Sudahlah makan pun kena suap, hendak bergerak pun terpaksa dipapah. Ketika itu wang ringgit sudah tidak bernilai lagi.
Jadi, nasihat saya pada diri saya sendiri dan juga diri saudara, jagalah kesihatan dengan sentiasa memberi perhatian terhadap apa dan bagaimana kita makan. Jagalah kesihatan sebelum sakit kerana itu merupakan salah satu daripada lima perkara yang Nabi pesan yang wajib kita jaga. Pun begitu, sakit adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Sakit adalah musibah yang telah ditentukan agar manusia insaf atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan di samping belajar lebih menghargai nikmat kesihatan.
Wallahua’lam!

Sunday, December 18, 2011
Litar Kehidupan
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.
Sudah sebulan lebih kiranya saya tidak berbicara dengan anda, para peminat blog saya. Kesibukan melayan anak cucu mencuri waktu saya untuk terus berbicara di medan maya. Kepulangan mereka di musim cuti sekolah begini amat berharga. Ada anak yang sudah setahun lebih tidak pulang kerana bertugas di luar negara. Pulang pun hanya untuk beberapa hari sahaja. Memang susah hendak mendapat cuti jika bekerja dengan syarikat di Negara Matahari Terbit. Dapat seminggu pun sudah cukup baik, kata anak saya. Sebab itulah kesempatan bertemu sekali sekala begini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Satu lagi aktiviti yang menyibukkan episod kehidupan saya ialah penulisan novel yang perlu disiapkan sebelum Mac tahun depan. Demi memenuhi kehendak penerbit yang inginkan enam buah novel sekali gus dalam satu set, bergantang keringat terpaksa diperah. Target saya ialah sebuah novel dalam masa sebulan. Setakat sekarang, sudah masuk novel keempat. Harap-harap tidak ada aral yang melintang. Penulisan sedang berjalan dengan lancar.
Pun begitu, rasa kepingin berbicara dalam blog sentiasa menggamit. Sedikit masa terpaksa dicuri demi melakar sebuah catatan pemikiran. Kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang kehidupan duniawi kita yang bersifat sementara ini.
Saudara! Ketahuilah bahawa kehidupan ini adalah laksana suatu litar elektrik yang tertutup. Maksud saya, untuk membolehkan alatan elektrik di rumah kita berfungsi seperti mana yang telah ditetapkan, litarnya mestilah tertutup.Semua suiz mestilah dipasang. Kalau ada suis yang tidak dipasang, pasti litar itu terbuka. Maka tidak ada arus elektrik yang mengalir.
Diringkaskan bicara, seperti mana litar elektrik di rumah mempunyai pelbagai komponen peralatan elektrik, begitu juga dengan litar kehidupan kita. Litar yang lengkap haruslah mengandungi komponen pendidikan, kesihatan, kerjaya, sosial, kegemaran, akhlak dan agama. Di sini, jika boleh saya gambarkan litar tersebut dalam bentuk grafik, tentulah lebih mudah untuk diingati. Mungkin rupa litar itu adalah seperti beikut:-
(Nota: Sepatutnya dalam litar itu ada tujuh anak panah saja yang merujuk kepada tujuh komponen litar kehidupan)
Kali ini, izinkan saya berbicara sedikit tentang komponen litar kehidupan yang pertama iaitu pendidikan. Pendidikan merupakan asas kepada kehidupan yang bermakna. Tanpa pendidikan, hidup kita tidak akan sampai ke mana-mana. Ketahuilah saudara bahawa pendidikan bermula semenjak insan itu berada dalam rahim ibunya lagi. Sebab itulah komponen pendidikan atau ilmu merupakan ingredien paling awal perlu diisi dalam kehidupan insan.
Melalui pendidikan kita akan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk meneruskan kelangsungan hidup kita. Kalau ditinjau dengan lebih mendalam, rupa-rupanya pendidikan berkait pula dengan fungsi akal dalam otak manusia. Sebab itulah mencari ilmu pengetahuan amat dituntut dalam kehidupan ini demi keselamatan, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat.
Kita akan berbicara dengan lebih lanjut lagi tentang komponen seterusnya dalam litar kehidupan yang sempurna pada pertemuan kita yang akan datang. Insya-Allah.
Read more...
Sudah sebulan lebih kiranya saya tidak berbicara dengan anda, para peminat blog saya. Kesibukan melayan anak cucu mencuri waktu saya untuk terus berbicara di medan maya. Kepulangan mereka di musim cuti sekolah begini amat berharga. Ada anak yang sudah setahun lebih tidak pulang kerana bertugas di luar negara. Pulang pun hanya untuk beberapa hari sahaja. Memang susah hendak mendapat cuti jika bekerja dengan syarikat di Negara Matahari Terbit. Dapat seminggu pun sudah cukup baik, kata anak saya. Sebab itulah kesempatan bertemu sekali sekala begini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Satu lagi aktiviti yang menyibukkan episod kehidupan saya ialah penulisan novel yang perlu disiapkan sebelum Mac tahun depan. Demi memenuhi kehendak penerbit yang inginkan enam buah novel sekali gus dalam satu set, bergantang keringat terpaksa diperah. Target saya ialah sebuah novel dalam masa sebulan. Setakat sekarang, sudah masuk novel keempat. Harap-harap tidak ada aral yang melintang. Penulisan sedang berjalan dengan lancar.
Pun begitu, rasa kepingin berbicara dalam blog sentiasa menggamit. Sedikit masa terpaksa dicuri demi melakar sebuah catatan pemikiran. Kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang kehidupan duniawi kita yang bersifat sementara ini.
Saudara! Ketahuilah bahawa kehidupan ini adalah laksana suatu litar elektrik yang tertutup. Maksud saya, untuk membolehkan alatan elektrik di rumah kita berfungsi seperti mana yang telah ditetapkan, litarnya mestilah tertutup.Semua suiz mestilah dipasang. Kalau ada suis yang tidak dipasang, pasti litar itu terbuka. Maka tidak ada arus elektrik yang mengalir.
Diringkaskan bicara, seperti mana litar elektrik di rumah mempunyai pelbagai komponen peralatan elektrik, begitu juga dengan litar kehidupan kita. Litar yang lengkap haruslah mengandungi komponen pendidikan, kesihatan, kerjaya, sosial, kegemaran, akhlak dan agama. Di sini, jika boleh saya gambarkan litar tersebut dalam bentuk grafik, tentulah lebih mudah untuk diingati. Mungkin rupa litar itu adalah seperti beikut:-
(Nota: Sepatutnya dalam litar itu ada tujuh anak panah saja yang merujuk kepada tujuh komponen litar kehidupan)Kali ini, izinkan saya berbicara sedikit tentang komponen litar kehidupan yang pertama iaitu pendidikan. Pendidikan merupakan asas kepada kehidupan yang bermakna. Tanpa pendidikan, hidup kita tidak akan sampai ke mana-mana. Ketahuilah saudara bahawa pendidikan bermula semenjak insan itu berada dalam rahim ibunya lagi. Sebab itulah komponen pendidikan atau ilmu merupakan ingredien paling awal perlu diisi dalam kehidupan insan.
Melalui pendidikan kita akan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk meneruskan kelangsungan hidup kita. Kalau ditinjau dengan lebih mendalam, rupa-rupanya pendidikan berkait pula dengan fungsi akal dalam otak manusia. Sebab itulah mencari ilmu pengetahuan amat dituntut dalam kehidupan ini demi keselamatan, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat.
Kita akan berbicara dengan lebih lanjut lagi tentang komponen seterusnya dalam litar kehidupan yang sempurna pada pertemuan kita yang akan datang. Insya-Allah.
Read more...
Friday, November 6, 2009
Anda Apa Yang Anda Fikir

Bertemu kembali!
Apa khabar semua? Seperti mana yang saya janjikan, mari kita bicara tentang perubahan yang ingin kita lakukan. Perubahan tidak akan terjadi kalau anda tidak berusaha untuk menyingkap di sebalik pemikiran anda. "Anda apa yang anda fikir" merupakan kata-kata yang sungguh sakti. Maksudnya samalah juga dengan kata-kata "Anda apa yang anda percaya". Jika anda fikir anda boleh berjaya, maka anda akan berjaya. Sebaliknya, jika anda fikir anda gagal, kegagalan itu sudahpun berada di hadapan mata anda. Siang-siang lagi anda sudah mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah.
Nampaknya besar sungguh pengaruh pemikiran anda dalam kehidupan anda sendiri. Sebab itulah orang-orang bijak pandai menyatakan bahawa kejayaan terletak pada pemikiran anda kerana dari apa yang anda fikir akan membawa kepada apa yang anda harapkan iaitulah impian anda. Seterusnya, impian anda akan membawa kepada apa yang anda akan dapat. Apa yang anda dapat itulah kejayaan anda. Sesungguhnya kejayaan anda bermula dengan pemikiran anda. Jadi, kalau anda sanggup mengubah pemikiran anda nescaya dunia kehidupan anda juga akan turut berubah.
Jumpa lagi!...
Read more...
Saturday, October 24, 2009
Tinta Mujahadah

Menyambung bicara saya tentang kereta apiku yang saya perkatakan sebelum ini. Kali ini bicara saya lebih fokus terhadap apa yang ingin kita capai dalam hidup ini. Dalam contoh saya yang lalu, orang yang saya pilih berumur 43 tahun (gerabak ke 9). Orang itu mempunyai empat gerabak sahaja lagi di hadapannya sementara lapan gerabak sudahpun ditinggalkan. Itu bagi orang yang berumur 43 tahun. Bagaimana kalau dia sudah berumur 63 tahun? Tentulah dia sudah berada di gerabak yang terakhir. Sempatkah dia mengumpul segala kudrat yang ada untuk melunaskan segala tanggungjawab dan tuntutan yang diwajibkan ke atasnya? Bagaimanakah pula dengan cita-cita atau impian hidupnya? Masih berpeluangkah dia menggapainya sedangkan usianya sudah berada di penghujung waktu?
Saudara! Tidak kisahlah walau di gerabak mana sekalipun anda berada, yang pentingnya ialah kesanggupan anda untuk melakukan perubahan. Topik inilah yang akan kita bicarakan nanti dalam episod yang menyusul. Tetapi sebelum itu, cuba anda hayati tinta mujahadah ini:-
Bila lagi anda hendak berubah?
Apabila rambut sudah gugur?
Apabila mata sudah kabur?
Apabila telinga sudah landur?
Apabila kulit sudah kendur?
Apabila badan sudah uzur?
Ketika itu anda sudah terlalu berumur.
Makan pun kena hulur.
Solat pun kena tegur.
Anda sudah hampir benar dengan lubang KUBUR.
Anda tidak mampu lagi berundur.
Read more...
Friday, October 23, 2009
Kereta Apiku

Kita sambung bicara kita mengenai kereta api yang kita namakan “Kereta Apiku’.
Ya, saudara! Kereta apiku boleh menggambarkan umur kehidupan kita. Cuba bayangkan setiap gerabak melambangkan 5 tahun umur anda. Kalau anda hidup selama 65 tahun, berapa panjangkah kereta api anda. Tentulah panjangnya 13 gerabak, bukan?
Cuba hitung umur anda sekarang. Katakanlah 43 tahun. Di gerabak manakah anda berada sekarang? Tentulah di gerabak yang ke sembilan, bukan? Maknanya, sudah lapan gerabak yang anda lalui dan tinggalkan dalam kehidupan anda. Ketika anda berdiri di gerabak anda sekarang, cuba anda toleh ke belakang sekejap. Cuba perhatikan gerabak-gerabak anda yang sudah anda tinggalkan. Sudah penuhkah dengan muatan yang ingin anda bawa ke destinasi yang hendak dituju? Muatan yang saya maksudkan adalah sinonim dengan tanggungjawab atau kewajipan yang terpikul di atas pundak anda. Pun juga harapan yang ingin anda capai dalam hidup ini. Sudahkah tertunai semuanya? Sudahkah tercapai semuanya?
Sekarang cuba anda pandang ke hadapan anda pula. Ada berapa gerabak lagi yang perlu diisi dengan muatan? Dengan gerabak-gerabak di belakang anda yang masih belum penuh diisi, sempatkah anda mengisi semua gerabak yang berbaki di hadapan anda sebelum anda tiba di stesen terakhir?
Setiap orang mempunyai kereta api sendiri. Saya ingin mengajak diri saya dan juga saudara-saudara, marilah bersama kita bermuhasabah diri agar kereta api kita penuh sarat dengan muatan sebelum kita tiba di stesen terakhir dalam perjalanan hidup yang bersifat sementara ini.
Read more...
Monday, October 5, 2009
Balik Kampung

Hari ini sudah 16 Syawal. Sudah lebih separuh Syawal kita lalui. Anda masih dalam mood hari rayakah? Betapa pun diusahakan, Aidilfitri tetap meninggalkan kita. Itulah kelemahan manusia yang paling ketara; tidak mampu menahan peredaran waktu. Jangankan menahan, melambatkannya pun tidak berupaya kita lakukan. Justeru, jika kita mampu buat macam-macam, jangan sekali-kali kita sombong dengan Allah. Akuilah hakikat bahawa kita ini makhluk yang terlalu kerdil dan lemah. Lebih lemah daripada seekor nyamuk yang mampu membunuh.
Bercakap tentang hari raya, pernahkah anda terfikir kenapa orang suka balik kampung ketika cuti raya? Tinggal berjauhan macam mana sekalipun orang berusaha juga untuk balik kampung pada hari raya. Kecualilah kalau kita sedang berada di satu tempat yang terlalu jauh sehingga memakan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk pulang. Itu pun mereka teringat juga hendak balik kampung walaupun fizikal mereka berjauhan. Minda dan hati mereka tetap pulang ke kampung juga. Contohnya, orang-orang yang sedang bertugas atau menuntut di luar negara.
Saya fikir pasti ada sesuatu kuasa atau daya yang menarik kita untuk pulang ke kampung. Justeru, kali ini bicara saya ialah tentang hubung kait antara aspek psikologi dan alam sekitar. Sedarkah anda bahawa terdapat hubungan yang kukuh antara emosi dan perasaan kita dengan alam sekitar di mana kita dibesarkan.
Dalam ilmu psikologi, terdapat satu terma yang dipanggil waktu kritikal (critical period) yang berlaku kepada semua insan dan juga haiwan di mana pada peringkat umur itu, sesuatu perlu dipelajari atau diperolehi dan dikuasai. Jika apa yang perlu dipelajari dan dikuasai itu tidak berlaku, maka masalah akan timbul dalam hidup orang itu di kemudian hari. Demikian sedikit apa yang saya faham dengan istilah waktu kritikal itu.
Apakah kaitannya antara waktu kritikal dalam proses tumbesaran dan perkembangan hidup manusia dengan tingkah laku balik kampung? Di sinilah saya cuba mengaitkan hubungan antara faktur kesan emosi dengan pengalaman hidup yang kita perolehi dari persekitaran semasa proses pembelajaran berlaku.
Sebab itulah betapa jauh pun kita merantau atau betapa lama pun kita meninggalkan kampung halaman kita, pasti kita akan kembali juga ke kampung terutama pada waktu-waktu di mana kita ingin mengulang kembali pengalaman beremosi kita yang telah kita lalui di peringkat awal hidup kita. Ketika itu, kampung halaman kitalah yang menjadi tarikan paling kuat dalam diri kita.
Read more...
Monday, September 28, 2009
Gila Memandu
.jpg)
Menyambung bicara kita ketika berada di jalan raya. Tahukah anda kenapa kadar kemalangan jalan raya di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia? Padahal kita mempunyai jalan raya yang terbaik serta jenis kereta dan motorsikal yang tidak kurang hebatnya berbanding negara lain.
Sebenarnya, semasa berada di jalan raya, kita mula lupa diri. Kita ingat jalan raya itu kita yang punya. Kita lupa bahawa ada banyak lagi orang lain yang sedang menggunakan jalan raya untuk pergi ke sesuatu destinasi. Duduk saja di tempat duduk pemandu, baik dalam kereta mahupun di atas motorsikal, kita mula lupa diri.
Kita lupa bahawa kenderaan yang kita pandu atau tunggang itu adalah sejenis kemudahan yang direkacipta untuk kita mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kita sebenarnya sudah dijangkiti penyakit 'gila memandu'. Lalu kita pun mula memandu dengan perasaan bukan dengan fikiran.
Ringkas bicara, bagi membetulkan kembali sikap kita ketika berada di jalan raya, saya ingin syurkan agar pihak pemerintah dan penguatkuasa undang-undang dibawa melawat negara lain seperti Jepun. Lihat bagaimana mereka mendidik rakyat mereka memandu dengan tertib serta bersopan baik di jalan-jalan negeri atau persekutuan mahupun di lebuh raya.
Pendidikan keselamatan di jalan raya harus bermula di bangku sekolah secara serius dan berterusan.
Read more...
Sunday, September 27, 2009
'Ops Sikap' Yang Tidak Mengubah Sikap
.jpg)
Kelmarin genap tiga belas hari 'ops sikap'(OS) Ke 20 dilancarkan. Jumlah korban di jalan raya sudah mencecah 222 orang. Kelmarin saja tidak kurang daripada seribu kemalangan dilaporkan di seluruh negara. Bayangkan betapa banyaknya rakyat negara ini yang 'mati katak' saban hari setiap kali tiba musim perayaan.
Ini tidak termasuk mereka yang terkorban akibat wabak selesema babi (influenza A)yang telah meragut 77 nyawa. Sedangkan di negara Jepun yang kebanyakan rakyatnya makan daging babi setiap hari pun baru dua orang yang terkorban. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap rakyat negara ini pada keseluruhannya baik di peringkat rakyat biasa mahupun di kalangan pemimpin negara sebagai pemerintah dan juga para penguatkuasa undang-undang.
Berbalik pada isu kemalangan jalan raya yang tidak pernah susut di musim perayaan, Ketua Pengarah Keselamatan Jalan Raya memberikan dua sebab kenapa kemalangan maut selalu terjadi iaitu memandu dalam keadaan mengantuk dan memandu laju. Rata-rata bersetuju dengan kedua-dua sebab yang diberikan itu. Persoalannya, kenapa kita tidak pernah ambil kisah untuk mengubah sikap kita agar nyawa kita tidak melayang percuma di jalan raya?
Read more...
Tuesday, September 22, 2009
Tuntutan Bermaaf-maafan Di Hari Raya
.jpg)
Hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam di negara ini berhari raya. Rata-ratanya, kebanyakan kita masih dalam emosi atau 'mood' hari raya. Pun begitu, sudah ada di kalangan kita, terutamanya golongan dewasa, yang sudah mula berpuasa sunat Syawal. Sepertimana disebut oleh Nabi Muhammad SAW bahawa barang siapa yang berpuasa genap sebulan dalam bulan Ramadan, kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, maka dia akan mendapat ganjaran pahala seperti berpuasa setahun. Bagi saya, berpuasa sunat Syawal itu tidak perlulah hendak cepat-cepat menunaikannya. Relaklah… Tetamu pun masih jujuh berkunjung. Tak sampai hati saya melihat saja tetamu menjamu selera sedangkan saya berpuasa. Bayangkan diri saya di tempat tetamu itu. Alangkah tidak selesanya saya. Tambahan pula diri sendiri pun masih belum sempat mengunjungi ke rumah jiran-jiran tepi rumah. Bukankah meraikan tetamu yang datang berkunjung dan mengunjungi jiran-jiran sekampung atau setaman itu yang lebih afdal? Ini adalah pendapat peribadi saya saja. Orang lain mungkin lain pula pendapatnya. Apa pun, lakukanlah semua ibadat dengan hati yang penuh tulus ikhlas kerana Allah semata-mata. Bagi mereka yang bekerja, tidak kira sama ada di sektor awam mahupun swasta, belum pun puas berhari raya di kampung, sudah terpaksa bergegas semula ke tempat tinggal masing-masing kerana cuti sudah habis. Sekali lagi mereka terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas di jalan-jalan raya. Sekiranya kita benar-benar menghayati roh Ramadan, kita akan memandu dengan penuh kesabaran agar selamat tiba di destinasi yang dituju meskipun sedikit terlambat.
Read more...
Monday, September 21, 2009
Selamat Hari Raya
Sempena hari baik bulan baik ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut aidilfitri. Semoga roh ramadhan sentiasa subur dalam jiwa kita sehingga saat akhir hayat kita.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)