Subscribe:
Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Sepinya Tanpamu

Derita penyakit hidrosepalus yang ditanggung Haifa Athirah sejak kecil membuat Hadira dan Anwardi, kedua orang tuanya cemas selalu. Demi kasih dan sayang terhadap kanak-kanak istimewa ini, kedua ibu bapa ini sanggup berkorban apa sahaja asalkan Haifa terus hidup. Terdayakah Hadira dan Anwardi mengubati penyakit anak kesayang mereka ketika Nazwan, bekas tunang Hadira muncul semula dalam hidup Hadira setelah sekian lama hilang tanpa berita akibat dipercayai mati lemas dalam tragedi bot karam di laut sewaktu keluar memancing bersama kawan-kawan?
Read more...

Tragedi


Tam menghadapi dilema selepas ditinggalkan ibunya. Tanggungjawab menjaga adik-adiknya, Kembang dan Toi, terpikul di atas bahunya. Dalam menjalani arus kehidupan yang penuh mencabar ini, mereka terdedah kepada ancaman musuh iaitu Si Tompok Ganas. Mereka turut menerima ancaman dibuang di pasar borong. Lebih-lebih lagi tingkah laku Tam yang semakin ganas kerana berebut kekasih hati. Perpisahn tiga beradik tidak dapat di elakkan lagi. Setelah hubungan mereka pulih kembali, isteri tuan mereka pula yang buat hal. Bagaimanakah Tam dan adik-adiknya menghadapi masalah yang kian meruncing itu? Dapatkah mereka membantu 'bapa'?
Read more...

Logamaya Kasih

Hidup berpoligami banyak mengajar Ikram bahawa untuk berlaku adil dan saksama bukanlah sesuatu yang mudah. Biarpun madu itu manis buat kaum sejenisnya tetapi hempedu buat wanita. Akhirnya seseorang terpaksa mengalah demi kebahagiaan tiga hati. Rafidah membawa hati setelah tidak tertanggung lagi dengan karenah madunya. Pertemuannya dengan Datuk Akbar juga membuatkan Rafidah nekad berundur diri.
Ikram begitu kecewa dengan sikap dan tindakan Rafidah yang mengambil jalan pintas ke puncak bahagia. Kehidupan Ikram bersama Suhaidah juga sentiasa dilambung ombak yang kadang-kadang mengganas. Takdir telah mempertemukan kembali dengan bekas isterinya yang masih dicintainya, sekali gus membangkitkan kembali nostalgia lama. Bagaimanakah hubungan Ikram dengan Rafidah seterusnya? Mampukah Suhaidah menerima kembali bekas madunya setelah dia sendiri kedapatan bermain kayu tiga dengan Datuk Akbar yang menyimpan dendam lama untuk memporak-perandakan hidup Ikram?
Read more...

Spektrum Cinta

Disangka tindakan melepaskan Som adalah jalan terbaik dalam kehidupan rumah tangganya. Dengan mengejar cinta baru, Karim yakin kebahagiaan akan menjadi miliknya buat kali kedua. Sayangnya permata yang disangka tidak ternilai harganya, rupanya cuma serpihan kaca yang berselindung di sebalik kilauannya.
Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Cinta Karim dinodai sehingga mengundang duka berpanjangan tanpa musim. Faridah cuba bermain dengan bayang-bayangnya sendiri dengan mengejar cinta yang tidak bertepi. Bagaimanakah nasib Karim setelah ditinggalkan Faridah? Berjayakah Faridah melupakan Karim setelah seluruh simpatinya diberikan kepadanya?
Read more...

Gelombang Cinta

Tidak semua percintaan berakhir dengan kebahagiaan. Manusia merancang, Allah menentukan. Kerana kecewa, Izham membawa diri jauh ke seberang Laut China Selatan daripada Nur Syuhadah biarpun cintanya masih mendalam. Izham reda dengan keputusan Nur Syuhadah yang terpaksa akur dengan jodoh pilihan kedua orang tuanya.
Tanpa cinta, Nur Syuhadah terasa hambar hidup bersama Norzakwan, suaminya. Dia ingin memburu kembali cintanya yang terlepas. Malangnya, hati Izham sudahpun dirantai oleh kekasihnya yang baru. Nur Syuhadah pula tetap setia dengan cintanya yang masih utuh. Ternyata usahanya memelihara mahkota kewanitaannya tidak berbaloi. Sehingga akhirnya Nur Syuhadah terdampar sendirian di pantai sepi. Siapakah yang berjaya merampas cinta Izham daripada Nur Syuhadah?
Read more...

Friday, January 29, 2010

Fatamorgana

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan hidup cikgu Halim setelah kematian isteri tersayang, Mariah akibat derita sakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Lembut budi dan lunak tutur kata cikgu Halim dapat memikat Nur Hidayah, murid kelas tuisyennya. Sifat keprihatinan cikgu Halim terhadap pelajaran dan kebajikan dirinya membuat Nur Hidayah jatuh hati pada gurunya itu. Cikgu Halim pula sedang menjalin hubungan dengan Masriah, anak Pakcik Musa, jiran sekampungnya yang masih menganggur setelah tamat pengajian di universiti. Adakah Nur Hidayah bertepuk sebelah tangan? Apakah perasaan Masriah terhadap cikgu Halim? Dapatkah cinta kasih arwah isterinya ditukar ganti?
Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Bicara Buku


Menulis merupakan minat saya sejak di bangku sekolah. Semasa saya dalam tingkatan empat, saya pernah menghasilkan sebuah sajak bertajuk "Nelayan Kerdil" yang dimuatkan dalam majalah kelas. Itulah hasil penulisan saya yang pertama. Sejak itu minat saya hendak menjadi penulis tidak pernah menjadi kenyataan walaupun sekali sekala pernah juga saya menghasilkan sajak, cerpen dan rencana. Hanya selepas saya bersara wajib barulah minat serta hobi saya dalam bidang penulisan dapat saya realisasikan.

Penglibatan saya dalam penulisan secara bersungguh-sungguh bermula pada tahun 2006 dengan terbitnya novel saya yang pertama berjudul "Gelombang Cinta" dalam tahun berikutnya. Setakat ini saya telah menghasilkan tujuh novel dan dua judul buku bukan fiksyen. Bersama-sama ini saya paparkan novel saya yang kelima buat tatapan peminat sastera. Dalam masa terdekat ini, saya akan cuba paparkan kesemua buku saya yang telah diterbitkan, insyallah.
Read more...