Subscribe:

Thursday, October 13, 2011

TUA dan MUDA

Maha Suci Allah Maha Perkasa
Yang menjadikan segalanya
Berpasang-pasangan
Berbanding-bandingan...

Ada kecil ada besar
Ada senang ada sukar
Ada tinggi ada rendah
Ada payah ada mudah...
Ada gemuk ada kurus
Ada bengkok ada lurus
Ada panjang ada pendek
Ada dalam ada cetek...
Ada huduh ada cantik
Ada buruk ada baik
Ada miskin ada kaya
Ada hina ada mulia
Ada ada ada tiada
Ada tua ada muda...

Ada sedikit ada banyak
Ada banyak lagi perbandingan
Yang bukan sekadar perbandingan
Malah suatu pengisian
Cuba renungkan!...

Bercakap tentang muda
Semua orang hendak yang muda
Kalau keracunan cari kelapa muda
Amal makan ulam boleh awet muda...
Kalau ditanya tentang tua
Semua orang tak suka tua
Tidak juga suka kelihatan tua
Meskipun hakikatnya
Yang muda pasti akan tua...
Kerana muda dan tua
Bukan sekadar perbandingan
Kerana mudah dan tua
Adalah satu pengisian...

Tatkala muda isikan zaman mudamu
Dengan banyak menimba khazanah ilmu
Agar amal kebajikanmu sentiasa bermutu
Biar terbalas jasa budi ayah dan ibu
Mudah-mudahan hidupmu dilimpahi restu...

Tatkala tua jangan jadi sekadar orang tua
Jadilah sebagai orang tua-tua
Tegur ajarnya bagaikan cahaya
Penyuluh jalan kehidupan orang muda
Sebagai bekal pengisian tika usia tua...

Ainurjah: 13 Okt 2011

0 comments:

Post a Comment