Subscribe:

Tuesday, September 6, 2011

Kita Apa Yang Kita Fikir

Maznah Hamid (1994) menyatakan bahawa kita adalah apa yang kita fikir. Ini bermaksud jika kita berfikir secara positif maka positiflah hidup kita. Sebaliknya, jika kita berfikir secara negatif, maka negatiflah semua rangsangan yang ditanggap. Akhirnya keseluruhan hidup kita akan menjadi negatif. Kesimpulannya, sama ada kita jadi begini atau begitu bergantung kepada cara kita berfikir.

Bercakap tentang kejayaan, ia sebenarnya bertitik tolak dari apa yang kita fikir kerana dari apa yang kita fikir akan melahirkan jangkaan atau harapan. Sementara jangkaan pula akan membawa kepada apa yang kita dapat, dan apa yang kita dapat itulah kejayaan kita.

Dalam bentuk grafik, mungkin urutan aktiviti yang membawa kepada kejayaan boleh digambarkan seperti di bawah:

Kalau kita ikuti aliran berfikir di atas, kejayaan nampak begitu senang dicapai. Sebenarnya, kejayaan tidak semudah yang kita sangka. Sebelum kita mendapat apa yang kita jangkakan, sudah pasti bergantang keringat yang tumpah. Banyak usaha perlu dicurahkan dalam sebarang kerjabuat yang kita lakukan.

Kadang-kadang sesuatu kerja yang kita buat terpaksa diulang-ulang sebelum madu kejayaan dapat dikecap. Oleh kerana sesuatu kejayaan tidak mudah dicapai, banyak orang yang kecundang dipertengahan jalan menuju kejayaan akibat tidak tahan mengharungi badai kegagalan yang melanda.

Kita akan bercakap tentang kegagalan dan bagaimana kita harus menguruskannya dalam slot motivasi yang akan datang. Insyallah!

0 comments:

Post a Comment