Subscribe:

Monday, October 24, 2011

Kisah Orang Tua Dengan Orang Muda


Pada suatu pagi, seorang pegawai muda sedang tergesa-gesa memandu kereta Toyota Viosnya dengan laju melalui jalan pintas kerana sudah terlewat ke tempat kerja. Kebetulan ada mesyuarat pula pagi itu. Dia menyusuri jalan tali air kerana disangkanya jalan itu lebih dekat dan tidak banyak kenderaan. Tiba di satu jambatan selorong yang merentasi tali air itu, dia terserempak dengan orang tua yang memandu kereta Volks Wagon yang baru dipinjamnya daripada seorang rakan sekampung.

Orang tua itu baru saja memasuki di hujung jambatan itu tanpa ia perasan bahawa ada kereta sedang mara ke arahnya. Maka bertemulah orang tua dengan pegawai muda di atas jambatan itu. Masing-masing tidak mahu berundur. Gelagat mereka sedang diperhatikan oleh beberapa orang budak yang sedang mandi-manda di tali air itu.
"Biarlah! Aku tak mahu undur," kata ornag muda dalam hatinya. "Aku pegawai muda yang sedang berkhidmat untuk negara."
"Aku pun tak mahu undur. Orang muda harus hormat pada orang tua," getus hati orang tua.
Agak lama juga mereka sedang berperang dengan ego masing-masing.
Akhirnya, oleh kerana geram dan kesuntukan masa, orang muda pun keluar dari keretanya sambil marah-marah.
"Pak cik undurlah!" sergah orang muda.
"Anak boleh tolong pak cik tak? Pak cik tak tahu nak undur kereta ni. Cari gear reversenya tak jumpa.
Lalu orang muda pun masuk ke dalam kereta Volks Wagon lama itu dan mengundurnya.
Alahai! Kalau dari awal-awal tadi cakap elok-elok, kan selesai masalah.

0 comments:

Post a Comment