- Belajar ikut jadual waktu belajar sendiri
- Sediakan peralatan asas belajar yang secukupnya
- Belajar serta merta tanpa bertangguh-tangguh
- Berhenti balajar jika anda rasa sudah penat dan letih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu itu ibadah
Assalamualaikum! Apa khabar semua? Diharap sejahtera selalu. Sesungguhnya hidup di alam buana ini adalah penitian waktu dan mati itu kesudahannya. Justeru, isikan setiap detik kehidupan kita dengan amalan baik; baik kepada diri dan baik kepada orang lain tanpa mengira siapa. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik; tidak baik pada diri dan tidak baik pada orang lain. Jika anda sudah terlanjur akibat kealpaan diri, bertaubatlah dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Itulah insan yang paling baik. Tunaikan tuntutan waktu. Kerana sesungguhnya, apabila waktu dimatikan sebagaimana makhluk yang lain dimatikan, hidup kita akan berpindah ke alam yang abadi yang tiada kesudahannya. Justeru, sebelum waktu dimatikan, marilah bersama kita manfaatkan waktu kerana hakikat waktu ialah ibadah kepada-Nya. Wallahu'alam!
0 comments:
Post a Comment