Subscribe:

Tuesday, October 6, 2009

Bicara Buku


Menulis merupakan minat saya sejak di bangku sekolah. Semasa saya dalam tingkatan empat, saya pernah menghasilkan sebuah sajak bertajuk "Nelayan Kerdil" yang dimuatkan dalam majalah kelas. Itulah hasil penulisan saya yang pertama. Sejak itu minat saya hendak menjadi penulis tidak pernah menjadi kenyataan walaupun sekali sekala pernah juga saya menghasilkan sajak, cerpen dan rencana. Hanya selepas saya bersara wajib barulah minat serta hobi saya dalam bidang penulisan dapat saya realisasikan.

Penglibatan saya dalam penulisan secara bersungguh-sungguh bermula pada tahun 2006 dengan terbitnya novel saya yang pertama berjudul "Gelombang Cinta" dalam tahun berikutnya. Setakat ini saya telah menghasilkan tujuh novel dan dua judul buku bukan fiksyen. Bersama-sama ini saya paparkan novel saya yang kelima buat tatapan peminat sastera. Dalam masa terdekat ini, saya akan cuba paparkan kesemua buku saya yang telah diterbitkan, insyallah.

1 comments:

NUR said...

Salam.....AINURJAH
Tahniah atas penghasilan novel serta buku2 tu.Semoga lebih berjaya di masa akan datang.

Post a Comment