Subscribe:

Saturday, October 17, 2009

Kereta Api



Assalamualaikum!
Apa khabar semua? Agak lama juga saya tidak berbicara dalam blog saya ini. Kepada para peminat laman blog saya, sejuta kemaafan dipohonkan. Saya berjanji akan lebih konsisten menulis selepas ini. Insyaallah!
Dalam pertemuan kali ini, saya ingin berbicara tentang kereta api. Saya pun tidak pasti kenapa tiba-tiba saja alat pengangkutan itu yang terlintas di fikiran saya untuk diperkatakan. Agaknya, mungkin kerana saya terkenangkan semasa zaman silam saya dulu, kenderaan itulah yang kerap saya gunakan untuk sesuatu perjalanan yang jauh. Masa itu sekitar tahun 1968 hingga1972.
Pernahkah anda menaiki kereta api? Bagi saya, naik kereta api suatu pengalaman yang sungguh menyeksakan. Manakan tidak? Sudahlah kena berebut-rebut. Kalau musim perayaan, terpaksa berasak-asak dan duduk di atas lantai kerana tempat duduk tidak mencukupi. Banyak masa dihabiskan dalam perjalanan. Bertolak dari Arau pada pukul 2.30 petang. Tiba di Johor Bharu pada pukul 6.30 petang keesokan hari. Bayangkan betapa penatmya badan setelah lebih 24 jam berada dalam kereta api.
Sekali sekala terlintas juga di fikiran saya masa itu untuk memilih pengangkutan lain yang lebih selesa. Malangnya saya tidak ada pilihan lain lagi kecuali kereta api. Sudah tertanam dalam hati saya perasaan benci menaiki kereta api sejak dahulu lagi. Sehinggalah baru-baru ini saya berpeluang melawat negara Jepun di mana saya berkesempatan menggunakan perkhidmatan kereta api yang merupakan pengangkutan utama di negara tersebut.
Waduh! Alangkah canggihnya perkhidmatan yang mereka sediakan. Dengan jadual perjalanannya yang menepati masa dan kerap serta perkhidmatan yang cekap, tidak hairanlah rakyat Jepun lebih kerap menggunakan kereta api untuk pelbagai tujuan perjalanan mereka. Alangkah seronoknya kalau kereta api juga menjadi pilihan utama sebagai alat pengangkutan awam di negara saya.
Saudara! Sebenarnya saya ada perkara yang lebih penting untuk diperkatakan tentang kereta api. Tunggu tulisan saya yang akan datang. Bersabarlah ye!

0 comments:

Post a Comment