Subscribe:

Thursday, October 29, 2009

Perubahan


Mari kita terus bicara tentang perubahan. Bercakap tentang perubahan, kita tidak boleh bersikap menangguh-nangguh. Bagaikan sebuah kereta api yang sedang bergerak di landasan mempunyai jadual perjalanan yang sudah ditetapkan. Ia tidak mampu menunggu walaupun seminit jika masa bertolak sudah sampai. Penumpang yang lewat akan ditinggalkan.
Kenapakah kita perlu melakukan perubahan dalam hidup kita? Jawapannya mudah saja. Ia kerana kita tidak ingin melihat hasil yang sama saja bagi setiap pekerjaan yang kita lakukan. Kepuasan kerja terletak pada banyak mana usaha yang kita berikan dalam melakukan kerja itu.
Sebenarnya tidak ada orang yang boleh mendakwa bahawa dialah yang paling sempurna dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika kita berkata bahawa kita sudah sempurna, ini akan menutup pintu perubahan dalam hidup kita. Ingatlah! Jika dalam dua hari, kita melakukan perkara yang sama saja, kita sebenarnya menuju kegagalan.
Cuba anda fikirkan kata-kata sakti ini. "Kita adalah apa yang kita fikir." Saya akan perjelaskan maksud kata-kata ini dalam tulisan saya yang akan datang. Sehingga berjumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment