Menyambung bicara saya tentang kereta apiku yang saya perkatakan sebelum ini. Kali ini bicara saya lebih fokus terhadap apa yang ingin kita capai dalam hidup ini. Dalam contoh saya yang lalu, orang yang saya pilih berumur 43 tahun (gerabak ke 9). Orang itu mempunyai empat gerabak sahaja lagi di hadapannya sementara lapan gerabak sudahpun ditinggalkan. Itu bagi orang yang berumur 43 tahun. Bagaimana kalau dia sudah berumur 63 tahun? Tentulah dia sudah berada di gerabak yang terakhir. Sempatkah dia mengumpul segala kudrat yang ada untuk melunaskan segala tanggungjawab dan tuntutan yang diwajibkan ke atasnya? Bagaimanakah pula dengan cita-cita atau impian hidupnya? Masih berpeluangkah dia menggapainya sedangkan usianya sudah berada di penghujung waktu?
Saudara! Tidak kisahlah walau di gerabak mana sekalipun anda berada, yang pentingnya ialah kesanggupan anda untuk melakukan perubahan. Topik inilah yang akan kita bicarakan nanti dalam episod yang menyusul. Tetapi sebelum itu, cuba anda hayati tinta mujahadah ini:-
Bila lagi anda hendak berubah?
Apabila rambut sudah gugur?
Apabila mata sudah kabur?
Apabila telinga sudah landur?
Apabila kulit sudah kendur?
Apabila badan sudah uzur?
Ketika itu anda sudah terlalu berumur.
Makan pun kena hulur.
Solat pun kena tegur.
Anda sudah hampir benar dengan lubang KUBUR.
Anda tidak mampu lagi berundur.
Saturday, October 24, 2009
Tinta Mujahadah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment