Subscribe:

Wednesday, October 5, 2011

Kelkatu Senja

Berkurun aku bertapa
Di puncak gunung kehidupan
Tanpa kisah tanpa peduli
Sesekali aku turun ke lembah
Kulihat ...
Manusia bagaikan kelkatu senja
Mengerumun lampu cahayanya kian sirna
Di situ mereka dilanda bencana
Kerana terlalu kejar harta benda
Akhirnya sendiri porak peranda...

Kesempatan menatap luasnya alam buana
Tidak dimanfaatkan atas jalan menuju
Kehadirat Allah Yang Satu...

Manusia tanpa sedar
Hidup maknawinya tercalar
Jalan pulang menuju Yang Maha Besar
Tidak dicari dengan penuh usaha dan ikhtiar
Akhirnya di jurang neraka mereka terdampar...

Marilah!...
Mari kita cari makna kehidupan hakiki
Berpadalah dengan hambatan keduniaan
Carilah bekalan sebelum terlambat
Kerana kembali kepada-Nya
Adalah pasti dan benar...

Nukilan: Ainurjah
30 Sept 2011

0 comments:

Post a Comment