Berkerjaya yang baik dan terjamin merupakan cita-cita dan impian semua orang dalam hidup. Tidak kiralah sama ada anda bekerja sendiri ataupun makan gaji. Yang pentingnya anda mempunyai sesuatu pekerjaan yang anda buat demi menyara hidup anda. Apabila anda sudah mempunyai sesuatu kerjaya, anda sudah terlepas daripada hidup dengan bergantung harap pada orang lain. Anda akan berhenti daripada meminta-minta daripada orang lain. Ketika itu anda sebenarnya sudah terlepas dari ikatan yang membelenggu hidup anda selama ini iaitu sentiasa mengharap belas ehsan orang lain untuk meneruskan kehidupan anda.
Individu yang berkerjaya adalah insan yang mempunyai imej diri yang hebat. Dengan sesuatu pekerjaan yang anda miliki, anda akan dapat menggunakan semua potensi diri yang ada pada anda. Potensi fizikal atau jasad usah diceritakan lagi, sudah terbukti jelas anda gunakan sepanjang masa.
Yang lebih penting ialah potensi akal yang anda miliki. Anda akan sentiasa menggunakan segala daya pemikiran semasa melaksanakan tugas-tugas dalam kerjaya anda. Apatah lagi ketika anda sedang menghadapi sesuatu masalah semasa mengendalikan kewajipan dalam kerjaya anda. Ketika itu anda amat memerlukan kekuatan serta ketajaman daya fikir anda untk mengatasi masalah tersebut.
Seseorang yang tidak mempunyai kerjaya tidak akan berpeluang menguji kekuatan mindanya untuk mengatasi sesuatu masalah. Sebagai contoh, seseorang yang asyik makan tidur sahaja sepanjang hari kerana makan minumnya ditanggung oleh orang lain, tidak perlu berfikir banyak untuk meneruskan kehidupannya. Itulah orang yang lemah daya fikir.
Jika anda sudah berkejaya, anda akan sentiasa berfikir bagaimana hendak meningkatkan kualiti kerja anda dari semasa ke semasa agar anda dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk syarikat atau agensi tempat anda bekerja. Jika anda bekerja sendiri, menjual berger umpamanya, anda akan sentiasa memikirkan bagaimana hendak menarik lebih ramai pelanggan ke gerai anda kerana berminat dengan berger yang anda sediakan. Itulah sifat seorang usahawan yang sejati.
Potensi rohani juga tidak kurang pentingnya bagi seseorang yang berkerjaya. Dalam melaksanakan sesuatu tugasaan, sudah tentulah anda terpaksa lebih banyak bersabar sebelum hasil,kerja anda dapat dilihat dan dinikmati. Seorang guru misalnya, sudah pasti perlu menunggu beberapa lama untuk melihat kesan pengajaran di bilik darjah kepada para pelajarnya. Jika pelajarnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, barulah guru itu dapat menikmati hasil jerih perihnya selama ini mengajar di bilik darjah.
Dengan emosi yang stabil pada setiap masa, seorang individu yang berkerjaya akan berjaya mengatasi semua masalah dalam pekerjaannya, baik masalah berkaitan dengan tugas-tugas hariannya mahupun masalah yang berhubung kait dengan majikan dan juga rakan-rakan sekerja.
Wallahua’lam.
Wednesday, December 28, 2011
Litar Ketiga: Kerjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment