Showing posts with label cuti raya. Show all posts

Thursday, September 1, 2011
Cuti Raya, Balik Kampung dan Kemalangan Jalan Raya
A. Muqadimah
Para pembaca yang dihormati,
Pernahkah anda hilang motivasi, ataupun setidak-tidaknya kurang motivasi hendak melakukan sesuatu kerja? Motivasi merupakan pendorong untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Jika kita tiada motivasi, ini bermakna kita tiada dorongan untuk melakukan sesuatu. Bayangkan diri anda sebagai seorang penjawat awam, kalau anda tidak bermotivasi ataupun bermotivasi rendah, sudah tentulah hasil kerjabuat anda tidak berbaloi.
Melalui coretan ringkas ini, saya ingin mengajak anda merenung sejenak apakah sebabnya anda menjadi seorang yang tidak bermotivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan sedangkan pada waktu yang sama, anda begitu bermotivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang lain.
Cuba perhatikan contoh ini. Saban tahun, terutama ketika tiba musim cuti raya, kenapakah anda begitu bermotivasi hendak pulang ke kampung? Bukankah anda begitu tidak sabar-sabar hendak memulakan perjalanan, sama ada dekat ataupun jauh, menuju ke kampung halaman masing-masing? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan anda begitu bermotivasi hendak pulang ke kampung ketika bercuti di musim raya?
B. Faktor-faktor Peneybab
Sebenarnya anda didorong oleh faktor-faktor penarikan yang kuat untuk pulang ke kampung. Faktor-faktor tersebut adalah seperti ingin:-
1) berjumpa kedua orang tua yang sekian lama ditinggalkan.
2) bersua muka dengan sanak saudara serta handai taulan.
3) mengembalikan nostalgia suasana kampung.
4) mengikuti perkembangan hidup teman-teman sepermainan setelah setahun ditinggalkan.
5) berkongsi pengalaman hidup di tempat orang dengan teman-teman yang senasib.
6) menceritakan tentang kejayaan diri sendiri di perantauan.
7) mendapatkan ketenangan minda dan hati dengan meredakan kebosanan dan tekanan di tempat kerja.
Demikianlah tujuh faktor menarik yang sempat saya fikirkan. Bagaimana pula dengan faktor-faktor menolak? Mungkin anda rasa terdorong untuk balik kampung di musim raya kerana sebab-sebab berikut:-
1) tidak sanggup dilanda badai rasa sepi dan rindukan kampung halaman sendirian di kota ketika semua orang pulang bercuti.
2) lebih susah mencari makanan kerana semua kedai makan ditutup di musim cuti raya.
Pun begitu, bagi saya, kebanyakan orang begitu bermotivasi untuk balik kampung di musim cuti raya ialah kerana:-
1) Perjalanan yang selesa
Dengan keadaan lebuh raya, jalan-jalan persekutuan dan negeri yang baik, kenderaan dapat bergerak dengan lancar. Kita dapat merancang perjalanan dengan menentukan bila kita hendak bertolak dan jam berapa kita akan sampai di destinasi yang ditujui. Keadaan yang selamat sepanjang perjalanan, baik melalui jalan mana sekalipun, juga membuat kita rasa selesa memandu tanpa risau atau bimbang dirompak atau disamun.
Cuba bayangkan bagaimana keadaan kita memandu dalam situasi cemas dan bimbang sepanjang perjalanan apabila kita diancam bencana alam seperti banjir dan juga jenayah yang disebabkan oleh manusia. Tentulah kita tidak akan rasa selesa dan selamat memandu dalam keadaan tersebut.
Kos yang terpaksa dikeluarkan untuk bahan api seperti petrol dan disel serta bayaran tol yang masih mampu dibayar oleh pengguna jalan raya juga merupakan faktor penting yang menyumbang kepada perjalanan yang selesa. Di samping itu kemudahan tempat makan dan bersolat bagi umat Islam juga turut mempunyai saham.
2) Sebab-sebab peribadi
Di samping apa yang telah disenaraikan di atas, banyak juga orang begitu bermotivasi untuk pulang ke kampung di musim cuti raya kerana sebab-sebab tersendiri yang begitu personal. Contohnya, ada orang kerana hendak menunjukkan kereta baru kepada kawan-kwan atau sanak saudara di kampung. Ada juga yang semata-mata mahu ambil kesempatan untuk membeli belah di sempadan untuk dijual di bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Putrajaya, Seremban dan Johor Baharu. Sementara ada segelitir orang yang ingin mempamerkan aksi memandu yang hebat di jalan raya. Masya-Allah!
C. Kesimpulan
Kajian dalam bidang motivasi serta kaitannya dengan aktiviti manusia menunjukkan bahawa hasil sesuatu pekerjaan yang dibuat dengan penuh motivasi tidak sama dengan yang dibuat dengan separuh hati ataupun tanpa motivasi. Apakah komen anda?
Hasil kajian saya melalui pembacaan juga menunjukkan bahawa sesuatu pekerjaan yang dibuat dengan penuh motivasi akan dilakukan dengan penuh hati-hati, cermat dan teliti. Apa yang menghairankan saya ialah, jika pemanduan untuk pulang bercuti di kampung pada musim-musim raya itu dibuat dengan penuh motivasi, sudah tentu kita akan lebih cermat dan hati-hati.
Isunya ialah kenapakah kita tidak cemat dan hati-hati sehingga setiap kali musim perayaan tiba, setiap kali pula statistik kemalangan jalan raya meningkat. Di manakah kesilapan kita? Sampai sekarang pun pihak yang berwajib masih gagal membendung peningkatan kemalangan jalan raya di musim perayaan. Sudah ribuan nyawa melayang di jalan raya akibat sikap kita yang tidak pernah berubah. Pihak berwajib pula tidak pernah mengeluarkan hasil kajian mereka tentang matlamat operasi keselamatan jalan raya atas nama ‘Ops Sikap” itu. Ataupun, pihak berkenaan hanya berpuas hati dengan selesainya tugas untuk mengumpul statistik kemalangan semata-mata?
Read more...

Labels:
cuti raya,
kemalangan,
pandangan,
sikap
Monday, October 5, 2009
Balik Kampung

Hari ini sudah 16 Syawal. Sudah lebih separuh Syawal kita lalui. Anda masih dalam mood hari rayakah? Betapa pun diusahakan, Aidilfitri tetap meninggalkan kita. Itulah kelemahan manusia yang paling ketara; tidak mampu menahan peredaran waktu. Jangankan menahan, melambatkannya pun tidak berupaya kita lakukan. Justeru, jika kita mampu buat macam-macam, jangan sekali-kali kita sombong dengan Allah. Akuilah hakikat bahawa kita ini makhluk yang terlalu kerdil dan lemah. Lebih lemah daripada seekor nyamuk yang mampu membunuh.
Bercakap tentang hari raya, pernahkah anda terfikir kenapa orang suka balik kampung ketika cuti raya? Tinggal berjauhan macam mana sekalipun orang berusaha juga untuk balik kampung pada hari raya. Kecualilah kalau kita sedang berada di satu tempat yang terlalu jauh sehingga memakan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk pulang. Itu pun mereka teringat juga hendak balik kampung walaupun fizikal mereka berjauhan. Minda dan hati mereka tetap pulang ke kampung juga. Contohnya, orang-orang yang sedang bertugas atau menuntut di luar negara.
Saya fikir pasti ada sesuatu kuasa atau daya yang menarik kita untuk pulang ke kampung. Justeru, kali ini bicara saya ialah tentang hubung kait antara aspek psikologi dan alam sekitar. Sedarkah anda bahawa terdapat hubungan yang kukuh antara emosi dan perasaan kita dengan alam sekitar di mana kita dibesarkan.
Dalam ilmu psikologi, terdapat satu terma yang dipanggil waktu kritikal (critical period) yang berlaku kepada semua insan dan juga haiwan di mana pada peringkat umur itu, sesuatu perlu dipelajari atau diperolehi dan dikuasai. Jika apa yang perlu dipelajari dan dikuasai itu tidak berlaku, maka masalah akan timbul dalam hidup orang itu di kemudian hari. Demikian sedikit apa yang saya faham dengan istilah waktu kritikal itu.
Apakah kaitannya antara waktu kritikal dalam proses tumbesaran dan perkembangan hidup manusia dengan tingkah laku balik kampung? Di sinilah saya cuba mengaitkan hubungan antara faktur kesan emosi dengan pengalaman hidup yang kita perolehi dari persekitaran semasa proses pembelajaran berlaku.
Sebab itulah betapa jauh pun kita merantau atau betapa lama pun kita meninggalkan kampung halaman kita, pasti kita akan kembali juga ke kampung terutama pada waktu-waktu di mana kita ingin mengulang kembali pengalaman beremosi kita yang telah kita lalui di peringkat awal hidup kita. Ketika itu, kampung halaman kitalah yang menjadi tarikan paling kuat dalam diri kita.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)