Subscribe:

Monday, September 28, 2009

Gila Memandu



Menyambung bicara kita ketika berada di jalan raya. Tahukah anda kenapa kadar kemalangan jalan raya di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia? Padahal kita mempunyai jalan raya yang terbaik serta jenis kereta dan motorsikal yang tidak kurang hebatnya berbanding negara lain.
Sebenarnya, semasa berada di jalan raya, kita mula lupa diri. Kita ingat jalan raya itu kita yang punya. Kita lupa bahawa ada banyak lagi orang lain yang sedang menggunakan jalan raya untuk pergi ke sesuatu destinasi. Duduk saja di tempat duduk pemandu, baik dalam kereta mahupun di atas motorsikal, kita mula lupa diri.
Kita lupa bahawa kenderaan yang kita pandu atau tunggang itu adalah sejenis kemudahan yang direkacipta untuk kita mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kita sebenarnya sudah dijangkiti penyakit 'gila memandu'. Lalu kita pun mula memandu dengan perasaan bukan dengan fikiran.
Ringkas bicara, bagi membetulkan kembali sikap kita ketika berada di jalan raya, saya ingin syurkan agar pihak pemerintah dan penguatkuasa undang-undang dibawa melawat negara lain seperti Jepun. Lihat bagaimana mereka mendidik rakyat mereka memandu dengan tertib serta bersopan baik di jalan-jalan negeri atau persekutuan mahupun di lebuh raya.
Pendidikan keselamatan di jalan raya harus bermula di bangku sekolah secara serius dan berterusan.

0 comments:

Post a Comment