Subscribe:

Sunday, September 27, 2009

'Ops Sikap' Yang Tidak Mengubah Sikap




Kelmarin genap tiga belas hari 'ops sikap'(OS) Ke 20 dilancarkan. Jumlah korban di jalan raya sudah mencecah 222 orang. Kelmarin saja tidak kurang daripada seribu kemalangan dilaporkan di seluruh negara. Bayangkan betapa banyaknya rakyat negara ini yang 'mati katak' saban hari setiap kali tiba musim perayaan.

Ini tidak termasuk mereka yang terkorban akibat wabak selesema babi (influenza A)yang telah meragut 77 nyawa. Sedangkan di negara Jepun yang kebanyakan rakyatnya makan daging babi setiap hari pun baru dua orang yang terkorban. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap rakyat negara ini pada keseluruhannya baik di peringkat rakyat biasa mahupun di kalangan pemimpin negara sebagai pemerintah dan juga para penguatkuasa undang-undang.

Berbalik pada isu kemalangan jalan raya yang tidak pernah susut di musim perayaan, Ketua Pengarah Keselamatan Jalan Raya memberikan dua sebab kenapa kemalangan maut selalu terjadi iaitu memandu dalam keadaan mengantuk dan memandu laju. Rata-rata bersetuju dengan kedua-dua sebab yang diberikan itu. Persoalannya, kenapa kita tidak pernah ambil kisah untuk mengubah sikap kita agar nyawa kita tidak melayang percuma di jalan raya?

0 comments:

Post a Comment