Subscribe:

Sunday, September 11, 2011

Pelangi Kejayaan

Pernahkah anda melihat pelangi? Pelangi yang terbentuk daripada pelbagai warna menarik itu tidak muncul selalu. Ia hanya terjadi apabila terdapat rintik-rintik hujan di sebalik sinar matahari yang lemah. Biasanya kita akan melihat pelangi di bahagian langit yang bertentangan dengan kedudukan matahari. Maksudnya, kalau keadaan yang boleh mewujudkan pelangi berlaku pada waktu pagi maka pelangi akan terbentuk di sebelah Barat. Sebaliknya, jika keadaan itu berlaku pada waktu petang, maka pelangi akan terbentuk di sebelah Timur. Begitulah fenomena pembentukan pelangi yang telah ditentukan.



Fokus kita kali ini ialah untuk mengambil sedikit iktibar daripada fenomena alam ini. Jika anda teliti betul-betul, terdapat tujuh warna yang membentuk pelangi. Menurut urutan dari luar lengkok pelangi, warna-warna itu ialah Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu. Sekarang mari kita kumpulkan huruf pertama setiap warna tersebut iaitu M, J, K, H, B, I dan U.

Mari kita manfaatkan huruf-huruf tersebut untuk mencapai matlamat kejayaan yang ingin kita bincangkan. Cuba kita padankan huruf-huruf itu seperti di bawah:-

M dengan Matlamat
J dengan Jangkaan
K dengan Kerja Keras
H dengan Hijrah
B dengan Berani
I dengan Ikhtiar
U dengan Ulang

Bolehkah anda ingat akan perkaitan antara warna-warna pelangi dengan komponen-komponen kejayaan yang ingin kita gemblengkan demi mencapai kejayaan yang disasarkan? Cuba hafal perkaitan-perkaitan tersebut untuk perbincangan kita dalam episod kejayaan kita yang akan datang.

Bagi membantu anda mudah mengingat perkaitan tersebut menurut urutan, cuba gunakan akronim berikut:-

Musa Jumpa Kalsom Hambat Bidin Intai Ustazah

(Ha, ha, ha! Nama-nama tersebut di atas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati)

Ainurjah: 11 Sept 2011`

0 comments:

Post a Comment